Semanis Epal Hijau

Monday 12 November 2012

Gulai Telur

Hai!Apa khabar semua?.Diharapkan semoga teman2 dan rakan2 blogger sihat hendaknya.....Saya di sini alhamdullilah sihat disamping anak2,cuma terasa ngantuk sikit,walapun ngantuk update blog mesti diteruskan juga.....

Sejak kahwin sampailah sekarang nie baru sekali masak gulai telur.Biasa anak2 suka makan telur goreng jer,kalau direbus nie kurang sikit.Tapi semalam ,gulai buat,telur goreng pun buat....maknanya ada 2 jenis hidangan telur...anak2 boleh pilih yang mana satu kesukaan mereka.Ternyata mereka lebih suka memilih telur goreng daripada gulai..........

Search resepi gulai telur nie kat myresepi,penyumbangnya Junn,thanks sudi share ......mohon cnp pula di sini yea.......

 GULAI TELUR
Sumber:Junn@myresepi

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Telur rebus 4 biji
  • Minyak 4 sb
  • Bahan-untuk ditumbuk **
  • **Belacan 10gm**-x letak
  • **Serai 1 batang**
  • **Serbuk jintan Manis 1/2 sb**
  • **Cili Boh 3 sb**
  • **Kunyit 15gm**
  • Tomato 2 biji dibaji-x letak
  • Daun Limau Purut 2 helai-x letak,sbb x de
  • Santan pekat 100ml
  • Gula 1/2 sudu teh
  • Air 1 cawan
  • 1 biji Bawang Merah dihiris nipis dan digoreng
  • Serbuk Perasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan-bahan tumbuk bersama-sama bawang merah yang digoreng tadi.
  2. Masukkan serbuk kari daging dan kacau + biarkan sekejap sehingga agak2 kering.
  3. Masukkan santan pekat dan air dan kacau seketika.
  4. Masukkan telur rebus dan tomato yang dibaji.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa di dalam masakan.
  6. ++Selamat Mencuba++

5 comments:

  1. Ermmm... lauk nostalgia ni... dulu masa kecik2 mak selalu masak lauk ni... sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ah, lauk org kg dulu2.....tapi skrg x leh buat selalu,anak2 lebih suka telur goreng drp yg digulai...

      Delete
  2. Musim hujan gini kalau masak gulai telur ni memang aromanya semerbak membangkitkan selera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah,kejap2 gi dapur,tgk periuk,perut asyik lapo jer.....

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....