Semanis Epal Hijau

Friday 9 November 2012

Kek Coklat Lembap Kukus

Salam ceria buat pengunjung2 blog Semanis Epal Hijau,semoga semuanya sihat dan tersenyum manis2 belaka hari ini yea....tak salah kalau kita lemparkan senyuman yang manis,itupun satu sedekah kan!.....dapat pahala tauuu....

Projek hari ini nak mengukuslah....dah lama teringin nak buat,tapi asyik2 tertangguh jer......tapi hari nie nekad nak buat jugak,walau apa pun yang berlaku tetap nak teruskan jugak!......dan segala bahan yang tak de tu ,digantikan dengan bahan2 lain yang sama seangkatan dengannya.....example:coklat masakan tak de,gantikan dgn milo+coklat emulco+susu pekat manis.....sama jugak kan!.....

Resepi kek coklat moist nie memang banyak dah kat internet,tapi kali nie nak try resepi yang nie dan saya cnp dari blog Jemariasmara.Thanks yea Zefa Nurasmara utk resespinya........
Benda coklat yang tersusun tepi kek tu adalah gula2 denim......hahaha....bolelah tu  ,nak bagi kek tu berhias sikit....

RESEPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS MUNIRA
Sumber:Zefa Nurasmara@Jemariasmara.blogspot.com
Bahan-bahannya:
Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - ibu guna 3/4 cawan sahaja
  • 1 cawan serbuk koko-saya guna milo letak 1 1/2 cwn
  • 1 cawan susu cair - ibu guna air suam sahaja
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal tiada
** semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak 
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
  • 4 biji telur - diblender (ibu pukul guna pemukul telur)
Cara-caranya:
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja. 
  2. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. (ibu tak lapik pun, sapu loyang dengan sedikit minyak je..)
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yg pertama takut kek jadi mendap. (Ibu kukus 45 minit sahaja)
Untuk topping pula, ibu guna resepi dari Resepi Masakan @ Resepi.iLuvislam
RESEPI TOPPING KEK COKLAT
  • 150 gm coklat masakan
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sb mentega
  • 1 sb susu pekat
* Campurkan semua bahan dan masak secara 'double boiler'
Topping saya tak ikut resepi atas sebab tak de stok coklat masakan.Saya guna bahan2 yang ada kat dapur saya jer...

RESEPI TOPPING COKLAT/MILO
  • 5 sb serbuk milo
  • 5 sb susu pekat manis
  • 1 sb marjerin
  • 1 sb air panas
  • 1 sk coklat emulco
Masukkan semua bahan ke dlm periuk dan cairkan dengan kaedah double boiler.

2 comments:

  1. Nampak moist betul kek tu Myda...terliur lak pulak, rasa macam nak cungkil skrin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ah kak amie,mmg moist sungguh...lau x yah letak topping pun dh sedap...

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....