Semanis Epal Hijau

Friday 13 July 2012

Kerabu Mangga

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.........
Kalau ada yang terliur kat sini cepat2 sediakan tisu dulu yea,takut2 nanti habis basah baju ..hehehe....hari nie nak tayang resepi kerabu mangga......nie 1st time buat kerabu mangga nie.....

Semalam kebetulan kami nak keluar beli barang ngan anak2,jiran depan rumah tu ada bagi 4 biji buah mangga....belum masak lagi masih kehijau2an......tapi tghhari tadi tengok ada 1 biji yang dah nampak kuning sikit kulitnya,tapi isinya masih lagi keras.....lagipun dah selalu makan gitu je,so kali nie nak buat kerabu mangga.....buat yang simple2 je......kalau nak letak banyak sgt bhn2 lain karang,tak mkn pulak......
Kerabu Mangga 
Sumber:ida@myresepi 
Bahan-bahan ( bergantung pd saiz mangga )
  • 1 biji mangga muda dihiris halus
  • 1 bwg merah dihiris halus
  • cili padi dipotong halus
  • udang kering(digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)-x letak
  • 1/2 cawan kacang tanah(digoreng dan ditumbuk)
  • bunga kantan dihiris halus-saya x ltk sbb xde
  • sdkt gula
  • sdkt garam
  • 1 sb sos ikan-saya tambah

Cara-cara:

  1. Buang kulit mangga dan sagat.
  2. Campurkan semua bahan2 dan gaul sebati.
  3. Sedia utk dimakan.
Inilah mangga yang diberi oleh jiran.


memang sedap kerabu mangga ini......



8 comments:

  1. Kebetulan, entry akak pagi ni pun kerabu mangga juga. terlior akak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulliah,dpt jugak saya buat kak pb,mmg x terlintas kt fikiran pun nk wt benda2 nie....

      Delete
  2. baiknya jiran duk bagi mangga...lama betul tak makan kerabu mangga...memang kecur je tengok myda..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kecur Qq,ti +++ pulak dgn rasanya yg masam,manis,masin......sume ada...

      Delete
  3. Sedapnya... ratah-ratah aje ni tak sedar habis semangkuk!

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kerabu mangga...kecur air liur CR hihihi...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....