Semanis Epal Hijau

Tuesday 24 July 2012

Iftar ke 3 Ramadhan

Selamat berpuasa dan selamat pagi semua............
Alhamdullilah hari nie dah masuk hari ke4 kita berpuasa....(kecuali saya semalam dh start cuti) ....bukan cuti keje yea,cuti pose tau!.....hikhikhik...kalau ikutkan hati mau je pose,tp nk wat camner kan...lepas2 nie hah!...siaplah kena ganti hihihi......

 mood berbuka puasa kali tak mcm mood puasa thn2 lepas....
  nampak macam2 kuih,segala lauk pauk yang ada kat bazaar ramadhan ,macam endah x endah je....2nd day puasa,time tu keje shif ptg,itupun beli kt kedai tomyam je..... pegi bazaar pun,semata2 nak beli roti john je....
Semalam menu ringkas iftar ramadhan ke 3-bihn goreng lada hitam,sambal tumis ikan bilis,telur dadar(wajib ada) ,popia sardin ,air bandung soda dan teh ais.


Sos BBQ Black Pepper yang saya gunakan.
 BIHUN GORENG LADA HITAM


Bahan-bahan:
  • 200gm / 1/2 paket bihun-rendam
  • 2 papan fishcake-potong2
  • 1 sb serbuk lada hitam
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb sos BBQ blackpepper
  • carrot & sawi
  • garam & bhn perasa
  • sedikit serbuk pati ayam knorr
  • minyak secukupnya
  • sedikit air
Bhn tumis:
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • sedikit ikan bilis
  • sedikit belacan

Cara-cara:
  1. Tumbuk@kisar bwg besar,bwg putih,ikan bilis,belacan.
  2. Tumis bhn tumbuk hingga sedikit garing,masukkan fishcakes.
  3. Masukkan sos BBQ blackpepper,sos tiram.serbuk lada hitam dan sedikit air.Tambahkan garam & serbuk pati ayam knorr.
  4. Masukkan pula bihun  dan gaulkan rata.Bila nampak agak lembut baru masukkan carrot dan sawi.
  5. Rasakan dulu,kalau terkurang boleh tambahkan garam@bhn perasa.(saya lebih suka letak garam @ perasa masa masukkan air awal2 tadi).







POPIA SARDIN
Bahan-bahan:
  • Kulit popia
  • 1 biji telur
  • Minyak utk menggoreng
Bahan inti:
  • 1 tin sardin
  • 2 sb cili kisar
  • 1/2 biji bawang besar-potong halus
  • 3 biji bawang putih - potong halus
  • Carrot-potong dadu kecil2
  • sedikit halia-potong halus
  • garam & bahan perasa
  • sedikit perahan jus limau.

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak,tumis hirisan bwg besar,bwg putih & halia serta cili kisar.
  2. Masukkan sardin,kacau & hancurkan.Masak hingga sedikit kering.
  3. Masukkan carrot,bhn perasa,jus limau.   
  4. Ambil sekeping kulit popia,masukkan inti dan gulung.Lekatkan hujungnya dgn telur.
  5. Buat hingga habis.Goreng dgn api perlahan hingga garing dan masak.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....