Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Tuesday, 24 July 2012

Kek Coklat Moist Kukus

Resepi kek coklat lempab nie mintak dari mak mertua kepada adik saya....Mak mertua dia tu memang rajin buat kek,tetapi anak2nya tak pulak ikut jejaknya,malah setiap kali nak tiba musim raya je,ada je yang menghilang,...masing2 tak mau menolong.........Kek ni dah selalu mak mertua adik hantar kat rumah mak....dengan campuran susu pekat  & susu cair.......membuatkan kek ini bertambah moist,memang moist sgt!.....




KEK COKLAT MOIST KUKUS

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • beberapa titis esen vanila
  • 1 1/2 cawan gula pasir*-boleh kurangkan jika tak suka manis
  • 1 cawan susu pekat*
  • 1 cawan susu cair*-boleh juga guna susu coklat 
  • 1 cawan minyak masak*
Cara-cara:
  1. Satukan bhn2 bertanda * ke dlm periuk dan masak sekejap dengan api perlahan sehingga gula pasir cair.sejukkan sekejap.
  2. Tepung,serbuk koko,soda bikarbonat dan baking powder diayak.Ketepikan.
  3. Pukul telur hingga kembang,kemudian masukkan bhn2 bertanda *(cara 1)sedikit demi sedikit.Pukul lagi.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit,kaup balik menggunakan spatula.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dgn kertas minyak dan kukus 1jam ke 1 jam 30 minit.(tutupkan permukaan loyang dgn foil utk mengelakkan air jatuh ke permukaan kek).
Buttercream Icing
Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )
  • 250gm butter
  • 150gm shortening
  • 250gm icing sugar (diayak dulu)
  • 2 sudu besar susu segar
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara:
  1.  Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
  2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menjadi agak lembut
  3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....