Semanis Epal Hijau

Wednesday, 8 February 2012

Nasi Lemakku Bersalad


Assalamualaikum dan salam petang rabu...

Nasi Lemak nie adalah menu bf semalam...teringin nak buat,lagipun semalam cuti sekolah ,anak2 asyik minta dibelikan je.....kalau nak beli bukannya cukup 2@3 bungkus....yg nak makannya ramai....
Yang ini hidangan utk anak...
So,biar mama masak sendiri jelah....masak sendiri bolehlah tambah2 1@2 pinggan @makan berulang2.....
Nanti kalau anak mama dh besar bolehlah dia ambil alih pulak  memasak utk mama yea...ASMA.Nanti mama poskan bahan2 dan cara2nya....

Bahan-bahan utk nasi:
2 Cawan beras
1 kotak santan
1 sk garam
1inci halia-dipotong nipis
air secukupnya

Bahan utk sambal:
20 tangkai cili kering-direndam dgn air panas
1 biji bawang merah besar-dihiris
1 biji bawang merah(sederhana besar)-diblender
2 biji bawang putih-diblender
sedikit belacan
1 genggam ikan bilis-dibasuh,toskan dan digoreng garing
garam,gula dan bahan perasa
1 keping asam gelugur/keping
air secukupnya
minyak

Bahan-bahan lain:
Timun-dipotong bulat
Telur-digoreng@rebus
Daun salad

Cara-cara utk memasak nasi:
1.Basuh beras,kemudian masukkan santan kotak dan tambahkan sedikit air(ikut sukatan beras),garam dan hirisan halia.Tanak nasi hingga masak.

Cara-cara utk membuat sambal:
1.Cili kering yg direndam,dibasuh dan diblender dgn bawang merah,bawang putih dan sedikit belacan.
2.Ikan bilis digoreng hingga garing.
3.Telur digoreng mata kerbau@direbus.
4.Tumis cili yg diblender tadi ,kemudian masukkan sedikit air,garam,gula dan bahan perasa dan asam keping.Masak seketika hingga sedikit pekat.
5.Masukkan hirisan bawang merah, ambil sedikit ikan bilis yg digoreng tadi dan masukkan ke dlm tumisan sambal.Kacau sebati dan angkat.
Selamat Menjamu Selera

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....