Memang dah lama bebeno nak cari resepi kuih tiram nie,bila dh jumpa terus save as draf dulu,coz tunggu masa yg sesuai utk mengulinya......yelah ada anak kecik nie payah sikit,x boleh lama2 sgt kat dapur.
Kuih Tiram
Resepi Asal:.s_shamen@myresipi.com
Sumber :Dapur Tanpa Sempadan
- 500gm tepung + 2 sb lagi
- 1 biji telur
- 2 sudu margerin
- sedikit garam
- 160ml air -saya guna 1/2 cawan saja(lebih kurang)
- **6 sudu tepung jagung**
- **6 sudu minyak**
Cara-cara
- Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
- Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
- Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
- Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
- Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
- Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.
myda_ahmad
**********************
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....