Assalamualaikum.....
Menu lunch hari nie simple je,time2 sekolah nie kena masak senang dan pantas....lagi2 kobis beijing goreng belacan!!!.....tak jemu2 ke?bagi saya memang tak jemu ,......maklumlah kobis nie kan sayur favourite ku...anak2 pun suka jugak.....kalau gi shopping barang2 dapur,mesti ambik sayur kobis nie,lg pun kobis nie tahan lama sikit kalau nk dibandingkan dgn sayur daun hijau spt sawi.bayam,kangkung....biasalah, ikan pekasam mesti ada punya kerana stok yg mentah masih ada lagi.,....dan sambal tumis ikan bilis...
Kobis Beijing Goreng Belacan resepinya di sini
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan-bahan:
30 batang cili kering-dipotong dan direndam dgn air panas
2 biji bawang merah besar-1 dihiris & 1 diblender
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
Ikan bilis
Garam dan bahan perasa secukupnya
Sedikit gula
Minyak utk menumis
sedikit air
1 asam keping
Cara-caranya:
1.Cili dipotong dan direndam dgn air panas utk seketika.Kemudian ,buangkan bijinya dan basuh dgn bersih.
2.Blender cili kering,bawang merah,bawang putih dan belacan.
3. Panaskan minyak,gorengkan ikan bilis hingga garing dan angkat.
4.Tumiskan cili yg diblender tadi hingga sedikit kering,kemudian masukkan garam dan bahan perasa,gula,asam keping serta sedikit air.Last sekali masukkan bawang merah yg dihiris dan ikan bilis.sedia dihidang.
Ikan Pekasam
Goreng hingga garing dan masukkan hirisan lada merah dan bawang merah.
**************************************************
myda_ahmad
***********************
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....