Semanis Epal Hijau

Friday, 24 February 2012

Ayam Kicap Pedas


Assalamualaikum.....




Hari ini adalah hari jumaat minggu yg terakhir dalam bulan Februari.Seronoknya keje dalam bulan Februari nie...kejap je dah nak sampai hujung bulan.2@3 hari nanti dapatlah gaji...yeah!yeah!......Apa-apa pun yang penting kerja mestilah ikhlas,keikhlasan yang lahir dari dalam hati,bukannya hanya mengharapkan gaji je.......


Bila kita kerja dengan ikhlas,segala apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dari-Nya.Betul tak?.....


Oklah berbalik pada menu untuk hari nie,adalah menu ayam.Kalau dulu2 ,bila keje shif pagi,makan tgh hari mesti beli kat kedai.Dan biasa menu yang saya ambik adalah ayam masak kicap pedas.Kalau mkn memang tak pernah cukup,ialah ambik sikit je...takut kena charge mahal2,so ambik sayur sikit,ulam sikit...janji semua dapat rasa.....taklah penuh pinggan...itu kelaparan betul namanya.....



Mari share resepi ini dan kita lihat bahan-bahannya.


Bahan untuk goreng ayam
4 ketul ayam(dipotong 3@4)-ikut suka
serbuk kunyit
garam


Bahan kisar
1 bawang merah besar
4 biji bawang putih
5@6 tangkai cili kering
1 inci halia




Bahan lain
1 kayu manis
1 bunga lawang
1 buah pelaga
2 sb kicap pekat manis
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
air secukupnya
minyak secukupnya
1 biji tomato(dibelah 4)
daun ketumbar


Cara-caranya:
1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam,kemudian digoreng.
2.Tumiskan kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga,kemudian masukkan bahan kisar.Biarkan seketika hingga terbit minyak.
3.Masukkan sos tiram,sos cili dan kicap pekat manis dan sedikit air.Biarkan seketika.
4.Kemudian ,masukkan ayam yang digoreng tadi.Kacau rata.
5.Akhir sekali,masukkan tomato dan padam api.Sedia untuk dihidang.Taburkan dengan daun ketumbar bagi menaikkan aroma masakan.


****************************************
myda_ahmad

****************













































No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....