Semanis Epal Hijau

Tuesday, 28 February 2012

Sambal Udang

Assalamualaikum dan selamat petang semua pelawat-pelawat blog SMM.........
Semoga dikala ini semua berada dalam keadaan yang sihat dan mesti kenyang perut lepas makan tengahari kan!........
Walaupun keadaan cuaca di sini mendung,dengan bunyi guruh yang kuat  tapi hujan tak jugak lebat,cuma hujan sekejap ...kemudian berhenti kejap.....diselang seli dengan kedengaran bunyi guruh.....

 Untuk menu tengahari nie,saya hanya masak sambal udang dan telur goreng dadar saja.Masak pun tak boleh banyak-banyak,untuk  2@3 orang makan saja.En suami tak makan kat rumah.


Sambal udang nie saya masak dengan 2 gabungan cili,iaitu cili kering dan cili merah.Ok,kita terus kepada resepinyalah.......


Bahan-bahannya:
Cili kering
Cili merah
Udang
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit garam & gula
Air & minyak secukupnya


Cara-caranya:
1.Blender cili kering ,cili merah,bawang merah,bawang putih dan belacan.
2.Udang digoreng sebentar.Angkat.
3.Tumiskan bahan blender hingga naik bau.Kemudian masukkan garam,gula dan sedikit air.Masak seketika hingga kuahnya sedikit pekat.
4.Masukkan udang yang digoreng tadi dan hirisan bawang merah.Kacau sebentar dan tutup api.Sedia dihidang.


myda_ahmad

*******************

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....