Dah 2 hari aku bercuti....rasa macam nak sambung lg cuti nya....Aku cuti nie pun kerana my hubby gi ke Dungun,Terengganu kerana ada kerja sikit kat sana yang berkaitan dengan rumah api....Duduk kat rumah pun tak buat apa2 ,cuma uruskan anak2 sekolah,tunjuk ajar apa patut dan...sambil2 tu jenjalan lah jugak kat blog2 masakan.....ternampak pulak kuih buah melaka nie kat blog yatiememories....bermacam-macam colour,meriah gitu....teringin jugak nak buat,so tekadkan diri utk cuba membuatnya....kalau asyik postponed je..bila masa lagi nak buat....Tq juga pada e-nalovelykitchen kerana berkongsi resepi ,mudah-mudahan ilmu yang ada boleh dikongsikan bersama supaya dunia masakan akan lebih ceria lagi......
Resepi:e-nalovelykitchen.
Sumber:http://yatiememories.blogspot.com/2012/02/buah-melaka-pancawarna.html
Buah Melaka Pancawarna
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung pulut
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 1/2 cawan air atau secukupnya
- 1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
- sehelai daun pandan
- Pewarna hijau, kuning dan merah
- 1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
- sedikit garam
- Gula Melaka di potong kiub kecil.
- Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
- Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
- Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
- Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
- Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
- Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
- Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
- Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
- Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
- Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
- Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!
- Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
- Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
- Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
- Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
- Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....