Semanis Epal Hijau

Monday 27 February 2012

Keledek Goreng Rangup

 Assalamualaikum dan salam pagi isnin....

Kepada yang bekerja tu diucapkan selamat bekerja....
Pagi tadi menu bf kami adalah keledek goreng rangup.Tepung goreng rangup nie saya ambil dari SINI.Dan Kak Yatie  pula ambil dari SINI.Rangup tu memang rangup,tapi tak leh wat selalu kerana adunan nie mengandungi banyak kolestrol....ditambah lagi dengan santan dan marjerin ......tapi kalau nak mencuba sesekali boleh jugak...apa salahnya kan!......
 Anyway,terima kasih pada yang sudi berkongsi resepi nie yea....
Sumber:http://yatiememories.blogspot.com/

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata
  4. Jika anda ingin melihat langkah secara bergambar dan detail berkenaan fungsi mengapa setiap bahan dimasukkan, sila ke SINI. Penulis blog ini berkongsi langkah demi langkah dan idea yang menarik untuk mempelbagaikan kegunaan tepung goreng pisang ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....