Assalamualaikum dan selamat pagi......
Hari nie bf simple je,buat untuk anak-anak je....diorang suka kalau roti digoreng cam nie...
memang cepat habis....
yelah daripada roti tu tak terusik ,baik buat sesuatu utk menggelakkannya dibuang begitu saja......(maklumlah expired datenya dah nak dekat)
- Bahan-bahannya:
- 24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)-saya guna 12 keping roti yg belum dipotong)
- 1 biji telur-2 biji telur
- 2 sudu besar susu segar-6 sb susu segar
- sedikit garam
- gula halus secukupnya-tak letak
- mentega/margerin untuk menggoreng-saya guna minyak masak je
- 2 sb cili boh(saya tambah)
- sedikit lada sulah-saya tambah
Cara-cara
- Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
- Panaskan 2 sudu besar mentega. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sampai perang.
- Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
- Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas *Langkah 4 saya tak buat.
Rajinnya Myda... memang betullah, kadang-kadang ada lebihan roti tak terusik, eloklah dibuat begini ye Myda.
ReplyDeletetul tu kak....ingatkan nak wt puding ,tp nanti2 dulu lah....kalau wt puding nnti ank2 langsung x mkn....
ReplyDeleteAssalamualaikum Myda...Salam Kenal dari Kak Lin...
ReplyDeleteJejari Roti...X Pernah Buat Lagi...Tentu Sedap Rasanya...