Semanis Epal Hijau

Tuesday 14 August 2012

Popia Simpul

 Semalam sempat menyimpul kejap je kerana myhubby ajak keluar,simpan dulu...hari nie baru start continue menyimpul ,ingatkan susah nak buat simpul2 tu..rupanya senang aje....lagi cepat daripada buat yang gulung2 tu.....telur pun tak yah guna,memang mudah,senang sungguh kerjaku....

 Buat dalam 1 1/2 paket 750gm je....serundingnya kat sini,...Sebelum nie beli je sebab tak terfikir pun nak buat sendiri....tak tau menyimpul pun yea jugak!hikhikhik......

 Bila dah pandai menyimpul nie,bolehlah ambik tempahan yerk!......Tak delah gurau je,nak menyimpul nie pun perlukan kesabaran tau.....sapa yang tak sabar tu tak yah buat,beli je senang....kan!....Buat benda nie nak kena 2 @3 orang baru cepat siap,kalau sorang2 jenuhlah nak siapnya............


 Dapat banyak jugak,penuh bekas merah besar tu....banyakkan!......bolehlah bahagi2kan ,Insyaallah nak bagi emak  sikit,kalau ada lebih nak jugak bawak balik Perak.

 Bahannya simple je:
Kulit popia
Serunding kelapa
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
Kulit popia dibahagi kepada 8 bahagian.
Ambik secubit serunding dan masukkan ke dlm kulit popia dan simpul.
Goreng hingga garing dan rangup dgn api yg kecil.Angkat & toskan.
Bila dh sejuk ,bolehlah  simpan dlm bekas kedap udara.

Mungkin lepas2 nie nak buat pulak popia nestum.....sedap jugakkan sambil mengunyah sambil menonton tv sementara menunggu tetamu datang di pagi @ ptg raya.....

3 comments:

  1. salam myda....wah!!!syoknye menyimpul. kalau ada geng sambil2 tengok tv ke tak perasan penuh satu besen ni. Kita ingat lepas raya ni pun nak start gak projek kudap-kudapan. tg nak blk msia dulu dptkan stok serunding ikan terbaeekk.

    ReplyDelete
  2. errrrmmmm,ros ...jenuh jugak saya nk menghabiskannya,sampai tersengguk2 kepala mengantuk...huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Mcm mana nk bg kekal rangup even da sejukkan lps masuk balang lemau. Knp ye. Boleh bg tips x

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....