Semanis Epal Hijau

Wednesday 23 May 2012

Padprik Ayam


 Salah satu menu utama  yg wajib diorder bila masa makan kat kedai @ bungkus makan kat rumah......iaitu Padprik Ayam.Lagian kat rumah pun selalu jugak masak menu ini.........Suka letak isi ayam je,kalau letak lain2 cthnya;sotong & udang, anak2 kurang makan.......
Kalau ada daun limau purut & daun ketumbar lagi wangi baunya.......Yg ini x letak ,2 jenis daun tu xde stok kt esbok.....
Resepinya?......sebelum2 nie dah pernah masukkan dlm blog.....tapi x pelah,saya masukkan yg ke 2 kalinya.....lagipun tak semua orang suka belek2 kembali resepi yang dah lepas2....

Bahan-bahan:
  • 2@3 ketul ayam-bhgian dada(potong kecil2 & basuh)
  • Carrot-potong memanjang 
  • 5@6 Kacang panjang-potong2 sederhana pendek
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 2 biji bawang putih -diketuk
  • 1 biji bawang putih_diracik halus2
  • 5 tangkai cili kering-saya blender sekali ngan 2 biji bawang kecil & 2 bwg putih
  • 2 sb sos tiram
  • 4 sb sos cili
  • Sedikit kicap cair
  • Serbuk pati ayam knorr
  • Sedikit minyak
  • Sedikit air

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak,goreng bwng putih yg diracik halus,goreng hingga kekuningan,kemudian masukkan ayam,biarkan seketika,masukkan bwg putih ketuk ,kacau.(Saya suka guna bwg putih yg banyak kerana saya suka baunya)
  2. Masukkan cili blender,kacau hingga masak@sedikit kering.
  3. Masukkan 2 jenis sos,kicap cair ,serbuk pati ayam knorr....bila agak kering boleh masukkan sedikit air.
  4. Bila agak didih,bolehlah masukkan carrot,kacang panjang & bwg besar hiris.Kacau sebentar.Perasakan dgn garam.(saya x letak garam kerana kicap cair tu dh sememangnya masin)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....