Semanis Epal Hijau

Thursday, 31 May 2012

Donut



 Dan selamat petang.....
hari nie tangan dh gatal nk buat donut,nk cuba2 guna tepung pau yang baru 3 hari lepas beli kat giant....
Selama nie guna tepung gandum je.....alhamdullilah, tidak mengecewakan sangat lembut dan gebu....
Buatnya tghhari td.....sambil2 berblogging nie,sempat lagi tangan mencapai donut,mulut?......dh x sabar2 nk makan.....huhuhu,cepatlah2 masukkan dlm mulutku ini.....hik!hik!hik!......



Donut
by:myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung pau
  • 2 sb gula kastor
  • 2 sb susu tepung
  • 2 sb lemak sayur(shortening)
  • 1 sk garam
  • 2 sk mauripan
  • 1/2 cawan air (+-)

Bahan lain:
  • Gula halus utk salut donat
  • Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
  1. Satukan semua bhn kecuali air dlm mangkuk.Gaul rata.
  2. Bila dh sebati,masukkan air sedikit demi sedikit,sambil tu gaul dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Masukkan doh ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda.
  4. Terap menggunakan acuan donat,taburkan sedikit tepung pada permukaan dulang supaya donat tidak melekat.
  5. Rehatkan selama 5 hingga 10 minit.Kemudian bolehlah digoreng dengan api yg perlahan.
  6. Salut donut dgn gula.






4 comments:

  1. Sedap makan donut seketul dua sambil minum teh kosong di petang begini...nyamannya!

    ReplyDelete
  2. salam kenal Myda, ada lagi donut nya tak akak bertandang malam2 ni teringin nak merasa donut tu hee pasti sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks!ahaks!...la..nape lewat sgt akak dtg,dh abislah....

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....