Semanis Epal Hijau

Wednesday, 2 May 2012

Kuih Sagu

Dan selamat petang semua......
Cuaca ptg nie agak dingin/sejuk kerana hujan ....sekarang nie pun masih lagi renyai2......diikuti dengan kedengaran bunyi guruh sekali-sekala.........Kalau tido nie,mesti bestkan!.....Tp apakan daya mata tak lagi mengantuk.......so,hari nie nak post entry kuih muihlah.....
Pagi tadi sempat buat research tentang kuih sagu...........hasil carian google imej kuih sagu nie,maka dapatlah juga resepi kuih sagu ini.....
Bertandang ke dapur Teratak Mutiara Kasih dan.....di situ lah saya amik resepinya.....Thanks yea Linapg dan tuanpunya resepi ini ......Izinkan saya cnp di sini pula yea sebagai panduan  utk anak saya dan kawan-kawan lain yang ingin mencubanya..........




 Selama nie,memang tak pernah buat langsung kuih ini.....biasanya cuma tgk2 je yang ada jual kat pasar malam tu,kalau nak beli tu, jauh sekali kerana anak2 tidak begitu meminati kuih  ini......saya?..suka jugak!.....tu yg dok berjam2 kt depan desktop utk mencari pelbagai resepi utk dicubanya......termasuklah resepi kuih sagu ini.......
Yang nie belum dikukus lagi.....
Yang nie dah siap kukus....
Kadang2 tu,tak cari resepi pun ,cuma ziarah-menziarahi blog kawan2....apa yg diorg masak dan selain itu ada juga mencari tutorial utk blog.........


Kuih Sagu nie,agak lembik sikit..apa2 pun rasanya sgt sedap,x begitu manis,nie yg saya suka......
cuma potongannya tak begitu kemas....hihihi.....
 





Kuih Sagu 

Resepi Asal: Mama Kastam Tioman@myresepi
Sumber 1:Linapg@Teratak Mutiara Kasih
Sumber 2:A Journey Call LIFE

Bahan-bahannya:
  • 1 gelas sagu biji kecil (sy gn cawan)
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir(sy gn 1/2 cwn)
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja(sy kukus dulu kelapa parut)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose

Cara-caranya:

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap. 

2 comments:

  1. MashaALLAH! kuih sagu feveret aiii...hehe..
    tapi buat tak penah nak menjadi..
    ada tips tak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tip?....saya cuma ikut kt resepije,alhamdullilah menjadi.....dan kuih nie perlu dikukus... Kukus sehingga sagu kembang and tiada lagi putih2. (kaedah kukus digunakan bagi mendapatkan struktur sagu yang berbiji2)

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....