Semanis Epal Hijau

Thursday 17 May 2012

Biskut Semperit


Ini adalah salah satu kuih raya tradisional masyarakat melayu.Tau x apa nama kuih raya nie?You all mesti tau kan.....alah saja2 nak buat teka-teki...
bebudak zaman sekarang nie kan ,ada yang x tau sgt pasal nama2 kuih tradisional nie......Maklumlah,zaman sekarang nie kuih raya main tunjuk je.....terus dapat...

Oklah berbalik pada entry utama kita kali nie,biskut semperit nie saya saja2 nak buat,x raya pun boleh makan kuih nie..hihihi....amik resepi biskut nie dari myresepi....thanks utk resepinya.....
Mohon ditepekkan resepinya kat sini yea.....



Biskut Semperit
Sumber:Nziela@myresepi
Bahan-bahan:
  • 300g butter
  • 160g gula aising
  • 100g tepung jagung
  • 160g tepung kastard
  • 240g tepung gandum
  • 2 biji kuning telur

Cara-cara

  1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
  4. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
  5. Bakar 150C selama 20 minit.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....