Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Monday, 7 May 2012

Lempeng Tepung +Oats Pandan





Dan selamat petang.......
Amik resepi dari SINI....Kebetulan tgh hari tadi ada buat sedikit sambal tumis,so bolehlah makan dengan lempeng yang saya buat ini..........Dalam resepi ini,saya ada buat penambahan sedikit,dari segi warnanya saya tambahkan sedikit pewarna hijau sedikit esen pandan.Biar nampak menyerlah gitu....hihihi...tak de lah kaler putih je....jgn mare yea Kak Besah,saja suka2 nk letak kaler,lgpun saya suka kaler hijau.........
Thanks yea Kak,mohon di tepekkan resepinya kat sini juga......



Sumber:Kak Besah@myresepi
Diolah oleh:myda_ahmad


Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan quaker oats 
  • 2 cawan air( jika pekat boleh tambah air lagi)
  • 1 biji telur(jika tak bubuh pun x apa,cuma lempeng akan mudah koyak)
  • 1/2 sk garam
  • 2 sk gula-saya tambah
  • sedikit esen pandan-saya tambah
  • sedikit pewarna hijau-saya tambah


Cara-cara:
  1. Bancuh semua bahan bersama air hingga sedikit cair dan sebati.
  2. Panaskan kuali yang sesuai,lenser dgn sedikit minyak,tuangkan 2 senduk adunan,lenggangkan kuali hingga adunan rata.Bila dh agak kering,terbalikkan lempeng dgn cara melambungkannya..ala-ala chef gitu.
  3. Buat sampai habis & bolehlah dihidangkan bersama serunding daging,sambal tumis ,kari dll.....

Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....