Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Wednesday, 9 May 2012

Bubur Tepung Pulut

Buat bubur ini kerana anak tekak ni nak merasa je.....
kalau kecik2 dulu arwah nenek suka sgt buat bubur nie.....
lepas2 tu,mmg dh x merasa lagilah......
asalnya mmg dh lama pendam niat nk buat.....
mungkin inilah harinya yg sesuai.........
cuba2 nk buat dan cuba2 nk rasa hasil air tangan sendiri.....
amik resepi dari sini .........thanks yea kak.......
dan izinkan saya tempelkan resepinya kat sini pula yea......

Bubur Tepung Pulut
Sumber:Potret Kasih

Bahan Doh
  • 240 g tepung pulut
  • Air secukupnya
  • pewarna hijau dan merah-saya guna pink & oren
  • Garam secukupnya

Bahan Kuah
  • 250ml air
  • 200g santan pekat
  • 125 ml air gula melaka ( saya tak letak )-saya letak 1/2 gula kabung
  • 2- 3 sudu besar gula ( ikut kemanisan yang di ingini )
  • 1 biji keledek(sederhana besar)-dipotong dadu(saya tambah)

Cara penyediaan
  1.  Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan digaul rata.
  2.  Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh.  Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras.
  3.  Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna merah dan warna hijau.
  4.  Gentel kecil kecil kemudian tekan di tengahnya, buat hingga habis.
  5.  Masukkan doh tadi dalam air yang telah mendidih.
  6.  Apabila doh tadi timbul di permukaan air angkat dan toskan.
  7. Untuk membuat kuahnya, satukan semua bahan kuah dalam 1 periuk dan didihkan.
  8.  Perlahankan api agar santan tidak pecah  dan kemudian masukkan doh dan sago biji yang telah di rendam seketika.
  9. Bila sago masak bolehlah diangkat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....