Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Saturday, 24 December 2011

Mee Sup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Menu nie pun dh seminggu lebih jugaklah saya masak....memandangkan masa tu terhad .....busy dengan shopping baju2 sekolah,alat2 kelengkapan sekolah,buku2 dan keperluan lain.So hari nie baru dapat updatekannya....

Mee Sup
Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning
1 mangkuk ayam(dipotong kecil2)
2 ulas bawang putih(diketuk)*
1 inci halia(diketuk)*
1 kuntum bunga lawang *
4@5 cawan air
3 kiub ayam knorr*
3 sb serbuk pati sedap*
1 biji limau nipis(ambik airnya)
1 sk gula*
Garam*
1 biji tomato(potong 4)
Taugeh
Bawang goreng

Cara-caranya:
1.Celurkan mee.
2. Masukkan air kedlm periuk dan rebuskan ayam sekali.
3.Kemudian masukkan semua bhn yg bertanda*.Reneh hingga ayam lembut dan masak.Last sekali masukkan tomato.Masukkan mee dan sup kedlm mangkuk serta taburkan bawang goreng dan taugeh.Perahkan limau(ikut suka).


*****************************************************
myda_ahmad

******************







No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....