Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Friday, 9 December 2011

Apam Dot Dot


Assalamualaikum semua....
Tengah godek2 resepi kat Myresepi,tiba2 teringin pulak nak buat apam polkadot,nampak macam senang,tapi bila dh try buat .....alahai... leceh betul time nak buat dot-dot nya tu.....habis tangan melekit2 ....dot-dotnya pun tak kemas.. ..hehehe....
bila dh masak nampak cantik,tp...ada tapi2nya....bila dicium bau telur...dah anak2 tak nak makan....diorg  pada mula excited nak makan.Tapi disebabkan bau telur tu ,diorg cuma merasa sikit saja....tu yang malas nak buat tu,kalau anak2 tak nak makan.

Kadang2 tu bila nak buat kuih ke....kek ke....,kena tanya anak2 dulu,sama ada diorg suka makan atau tidak....Apam yg besar tu saya guna bekas dadih..tu yg nampak besar tu....1st time buat ...baru nak mencuba ......


Terima kasih atas resepi sheely@myresipi.com kerana sudi berkongsi resepi apam polkadot nie....Izinkan saya c&p di blog saya untuk anak dara saya mencubanya suatu hari nanti...

Bahan-bahan

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna
Cara-caranya:
  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.
******************************************************
myda_ahmad

********************

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....