Assalamualaikum dan selamat petang.....apa khabar semua?moga2 diberikan kesihatan yang baik disamping orang2 yang tersayang....Saya dan suami serta anak2 sihat....kalau x sihat jugak leh ambik ubat kat klinik tempat saya bekerja......Oklah jom kita layan citer menu lunch saya hari nie....
Selalunya hari2 biasa ,time cuti2 sekolah nie memang masak awal ,tapi hari nie lewat sedikit dari hari biasa..anak2 masih kenyang lagi dek kerana bf yang terlewat pagi tadi....Masak pun x banyak sangat coz hari nie ada pasar malam.......Jarang jugak pegi kalau ada pasar malam,cuma kalau ada benda yang nak dibeli je baru pegi.....kalau pegi karang... nampak tu,nampak nie..semua nak dibelinya.....belum habis bulan poket dah kering....
Oklah x nak celoteh banyak2..meh layan resepi nie...sangat simple....
Anak2 pun suka makan telur goreng bersambal nie...cuma muhd Iffat je kurang suka coz pedas.....
Telur Goreng Bersambal
Bahan-bahannya:
4 biji telur
5 sb cili giling@cili kering yang diblender
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit garam,gula dan bahan perasa
minyak utk menggoreng telur dan menumis
Caranya:
1.Goreng telur cara mata kerbau.
2.Blender cii kering dengan bawang merah dan bawang putih.
3.Tumis cili yang diblender hingga masak,kemudian masukkan sedikit air supaya tidak kering.
4.Masukkan garam,gula dan bahan perasa.
5.Akhir sekali masukkan telur mata kerbau tadi ,kemudian angkat dan sedia dihidang.
Menu ke 2....
Sayur Campur
Bahan-bahannya:
Sawi-dipotong kecil2
Lobak merah-dihiris nipis
Bunga kobis-dipotong kecil2
Cili merah-dihiris nipis
2 ulas bawang putih-diketuk
1 ulas bawang besar-dihiris nipis(yang warna kuning2 tu)
1sb serbuk pati sedap
1sb sos tiram
1sb kicap cair
sedikit daging-dicincang nipis(saya rebus dulu biar x liat)
Sedikit garam
Minyak utk menumis
1/2 cawan air
1sk tepung jagung--bancuh dgn sedikit air(utk memekatkan kuah)
1sk perahan air limau nipis
Cara-caranya:
1.Tumis bawang putih yang diketuk tadi dan masukan daging yang dicincang.
2.Kemudian masukkan air,serbuk pati sedap,garam,kicap cair dan sos tiram.
3.Masukkan lobak merah,kobis bunga,sawi ,cili merah dan bawang besar.kacau.
4.Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan perahan air limau nipis.Angkat dan sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....