Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Tuesday, 13 December 2011

1st trial yang mengecewakan.....

Asalamualaikum dan selamat petang...
Hari nie saya tengah rajin sangat nie......cuba godek2 resepi2 kat MYResepi.....Teringin  rasa nak buat kek gula hangus....nak rasa sendiri kek gula hangus air tangan saya sendiri...sama ada jadi @ tidak...al maklumkan ini 1st trial saya...hehehe.....Kalau boleh nak buat resepi yang simple2 je....apa yang ada je  dalam stok simpanan kat dapur tu........Terima kasih ida rahayu ye kerana sudi berkongsi resepi....Harap2 anak2 saya suka makan kek gula hangus nie....kalau suka, next time akan saya buat lagi mengikut resepi nie.....Sepatutnya adunan nie kena perap dulu 3 @ 4 jam...tp saya cuma perap 1 jam je....agaknya sebab tu kot kek gula hangus saya x ada nampak mcm sarang2 lebah tu....tapi alhamdullilah sedap juga dimakan...

Izinkan saya letakkan resepi  kek gula hangus ini kat blog saya nie yea....

Kek Gula Hangus
Sumber:  ida rahayu @myresepi.com

Bahan Untuk Gula Hangus
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu besar mentega
Bahan Untuk Kek
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum (saya guna 1 1/2 cawan)
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya:
  1. Pukul telor sampai kembang & pekat.
  2. Masukkan susuu pekat - Mixer hingga rata.
  3. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
  4. Tuang kan esen vanilla.
  5. Last sekali, masukkan gula hangus tadi.
  6. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  7. Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....