Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Thursday, 20 September 2012

Roti Jala & Kuah Kari

Adik saya buat makan-makan kat umah dia pada 17 September 2012,dia suruh saya masak .Antara menunya adalah nasi lemak,roti jala & kari ayam,mee goreng,koktel buah-buahan,karipap dan puding anggur.Roti jala buat dalam 1 1/2 kg,resepi roti jala nie saya gandakan utk 1 1/2 kg tepung.

ROTI JALA & KUAH KARI
Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/susu cair
Cara-cara:
  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

KARI AYAM
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam-potong kecik2
  • 4 sb serbuk kari daging baba's(bancuh dgn sedikit air)
  • santan secukupnya
  • 1 tin susu cair
  • 4 biji kentang-potong 8
  • 2 @ 3  asam keping


Bahan kisar:
  • 2 bawang besar
  • 10 bawang putih
  • halia
  • kunyit hidup
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 biji buah keras
  • lengkuas

Bahan tumis:
  • 1@2 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga lawang 
  • 2 biji bawang besar-dihiris
  • 2 leret daun kari

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak,masukkan bahan tumis,biarkan seketika hingga bawang layu.
  2. Masukkan bahan kisar,biarkan hingga naik baunya.
  3. Masukkan pes kari,kacau..biarkan sehingga pes kari itu betul2 masak.
  4. Masukkan ayam & kentang,masukkan air sikit.Kacau rata & biarkan seketika.
  5. Masukkan santan & susu cair dan asam keping,biarkan hingga mendidih.
  6. Perasakan garamnya.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....