Sebenarnya ini adalah jamuan potluck,saya diberi tugas masak kari ayam untuk dicicah dengan roti jala.Staf yang lain pun diberi tugas juga,ada yang masak ayam merah,rebus nasi empit,buat kuah kacang,buat bubur kacang dan masak lodeh.
Tuan rumah juga ada menyediakan masakan seperti rendang daging,dan yg special sekali 2 ekor kambing panggang serta kobis + mayonis.....kuih muih pun ada juga seperti karipap dan lopes.
Budak-budak seronok betul bila dapat main benda nie....
Iffat dan cik fifi baru nak start main,tapi cik fifi dah mula takut kerana budak-budak besar sikit & yang lain main ganas2....jadi cik fifi yg kecik nie makin jadi takutlah.....
Hana Safiyyah pun main jugak,sambil2 main,ada yang terlompat-lompat menyebabkan benda nie senget sebelah,tu yg Hana Safiyyah rasa macam nak tergolek....
Tengok tu anak dara saya,Yaya bergayut kat tepi2 je,.......ada jugak dia main2 kat dalam tu....
Yang nie,memula nak masuk kat dalam nak main,bila ada yg terlompat2 tu,dia jadi takut..nak kuar cepat.....
Dah haus,kita minum dulu.....
Antara lauk pauk yg ada di sana,ayam masak merah,rendang daging....
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....