Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Tuesday, 23 April 2013

Ayam Asam Pedas

Entry tertunggak jer nie,masak dh lama,tinggal lg nk publish jer.....
Asam pedas mmg fav kami anak beranak,kecuali en hubby,kalau guna ikan  msk asam pedas,takut2 anak tercekik tulang,so selalu buat gunakan ayam je.....taklah khuatir sgt.....sesekali tu bolehlah,kalau teringin nk mkn ikan....
Resepi yg cukup mudah utk dimasak.....sama mcm teman diluar sana....cuma saya lebih suka gantikan daun kesum dengan daun limau purut.....ermmm,wanginya daun limau purut tu......

AYAM ASAM PEDAS

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam-potong 8
  • Asam keping
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Daun limau purut/bende/daun kesum
  • Air dan minyak secukupnya
  • Garam,gula dan bhn perasa secukupnya
Bhn blender:-
  • 15 btg cili kering-rendam dgn air panas@direbus sebentar.
  • 1 biji bwg besar
  • 4 biji bwg putih
  • Halia
  • Lengkuas

Cara-caranya:-
  1. Basuh ayam dan bersihkan.
  2. Bersihkan cili,buang biji2nya dan blender bersama bhn2 yg hendak diblender.
  3. Panaskan minyak,masukkan bhn blender dan serbuk kunyit.Tumis hingga naik minyak.
  4. Bila dh agak kering dan naik minyak,masukkan ayam dan kacau rata hingga bhn2 tumis tadi meresap ke dlm  ayam.
  5. Masukkan air,garam ,gula dan bhn perasa serta asam keping.Biarkan sehingga mendidih.
  6. Masukkan daun limau purut dan bende,didihkan sekejap lagi dan bolehlah tutup api.
  7. Hidangkan.

3 comments:

  1. salam myda.....selalu dok nampak org buat ayam asam pedas tapi saya blm try2 lagi. asyik2 ikan je, boring gak kan lgpun bdk2 tak layan sgt. nak try le jugak.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ros,belum cuba belum tahu kesedapannya!...

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....