Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Monday, 8 April 2013

Roti goreng

Pagi tadi breakfast roti goreng....buat dalam 10 keping,jadilah utk kami anak beranak mengalas perut saja,itupun x banyak mkn.....yang selebihnya tu bg kat 2 org yg tgh buat rumah kami ......diorg tgh  buat rumah bahagian hadapan,tempat parking kereta....tupun buat sikit2,ada barang buatlah.....

Biasanya,goreng roti bersalut telur jer,.... Pagi tadi saja nak letak serbuk roti,ingatkan anak2 suka ...rupanya Asma,anak pertama.....dia pesan ,lain kali jangan letak serbuk roti, kurang suka katanya.....yelah,esok2 mama x letak lagi serbuk roti tu.......


Mula2 tu,pecahkan 2 biji telur je,ingatkan cukup....nak sekadar tersalut jer...rupanya kena pecahkan 2 biji lagi......kebetulan ada wawa,anak ke2 kat situ,soh dia pecahkan dan letakkan cili giling sikit,serbuk lada sulah,sedikit garam......wawa nie rajin sikit tolong mamanya.....esok2 bolehlah wawa buat sendiri yea kalau wawa nk mkn roti goreng nie,dh x yah nak tunggu mama mskkan....kat bawah nie mama selitkan resepi,nanti2 wawa bukak blog mama,wawa buat yea.....


ROTI GORENG BERSALUT TELUR DAN SERBUK ROTI

Bahan:
  • Beberapa kepingan roti gardenia-potong 2
  • Telur
  • Serbuk Lada sulah
  • Sedikit garam
  • Cili giling
  • Serbuk roti
  • Minyak utk menggoreng
Cara:
  1. Pecahkan telur,masukkan semua bhn dan kocak sebati.
  2. Celupkan roti ke dlm telur dan salutkan dgn serbuk roti.
  3. Goreng hingga kekuningan dalam minyak yg panas dan banyak.
  4. Angkat dan toskan atas kertas tisu.



2 comments:

  1. Assalamualaikum..emmm best gak kan sesekali ubah kelainan roti goreng ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam....
      thanks sudi singgah sini...ha'ah, x le jemu kan kalau kita rajin pelbagaikan.....

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....