GA kakinakl.com
Hari nie nak join lagi satu GA dari kakinakl.com .GA Kak Ina ini menawarkan 4 produk kecantikan,dan salah satunya adalah seperti gambar di atas.Produk penjagaan kulit muka dari Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Cream. Saya ingin cuba mendapatkannya.Manalah tahu kot2 ada rezeki kan.....senang saja cuma buat entry barang yang dipilih dan tarikh tutup hujung bulan...
Saya nak Neutrogena kerana memandangkan umur saya pun dah dalam lingkungan 30-an,saya ingin mencuba suatu penjagaan kulit muka yang sesuai dengan kulit muka saya,sekarang ini belum ada lagi garis-garis penuaan,tetapi apa yang pasti kulit muka saya ini kusam,kurang bermaya,garis-garis hitam@lebam di bawah mata dah ada,mungkin itu sebab saya kurang tidur dan bintik-bintik hitam pun mula ada,tapi tak banyak lagi.Mungkin Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Cream ini dapat membantu masalah kulit muka yang saya hadapi sekarang.Saya tak pernah lagi menggunakan produk dari Neutrogena.Mungkin sebab harganya,sebab itu saya cuba produk lain yang jauh lebih murah dari produk Neutrogena ini.Bagi saya suatu barang tu tak semestinya mahal,kalau nakkan sesuatu yang elok.
Dah banyak krim kecantikan yang saya guna untuk merawat kulit muka saya ini termasuklah Fair & Lovely krim pencerah lengkap anti marks,Ryana Beauty Vanising Cream,Safi Balqis Perfect 10 dan macam-macam lagilah.....dan Amway,produk yang pertama sekali saya guna.
Setelah membaca secara terperinci dari laman web Neutrogena,saya pasti Neutrogena dapat mengatasi masalah kusam kulit muka saya ini.Dari apa yang saya baca produk ini melawan penuaan lapisan oleh lapisan, dari dalam ke luar. Ia mensasarkan pembinaan semula dan pembaikan keanjalan kulit dengan Dill dan ekstrak blackberry, menyediakan penghidratan dengan ekstrak Southernwood dan melicinkan dan mengangkat lapisan atas kulit dengan satu vitamin B3.
Dengan sumber maklumat yang saya perolehi ini mungkin dapat meyakinkan saya untuk menggunakan produk Neutrogena ini pada masa akan datang.Saya memang cukup-cukup risau kalau di awal usia 40-an,kulit muka tak selicin macam masa anak dara dulu.Kalau boleh saya ingin kelihatan lebih muda jelita tanpa bintik-bintik hitam walaupun umur saya menginjak pertengahan 40-an.Bila kulit muka dah nampak muda,cantik berseri,cik abang pun tak cari lagi.......
terima kasih sudi join GA akak yer..menarik isi N3 kamu..tunggu keputusannya nanti
ReplyDeletetq Kak Ina...
ReplyDeleteSalam. Lawat daripada blog Kak Ina KL melalui GA yang sama. Good luck ye awak.
ReplyDeletethanks sudi ke mari.....
Delete