Semanis Epal Hijau

Monday 24 September 2012

Free Gift beli Penghawa Dingin

PERIUK NASI GELOMBANG MIKRO

 Ini adalah salah satunya koleksi barangan dapur yang didapati secara percuma dengan pembelian beberapa biji aircond tahun lepas.Dan yang lain-lain tu akan saya updatekan entrynya satu persatu,insyaallah.....sebenarnya banyak jugak dah dapat gift,ada yang dah bagi2 kat orang,saudara-mara...ada yang dah guna dan ada yang masih dalam kotak lagi....

Gift ni dapat kerana belinya aircond 3 @ 4 biji sekali gus,biasanya my hubby akan beli atas permintaan customer samada persendirian @ company.Kalau beli banyak aircond,banyaklah dapatnya gift .....sebiji aircond satu gift.....kalau beli satu tak dapat gift yea......


 CIRI-CIRI:

  • Periuk nasi yang diperbuat daripada bahan-bahan yang kalis pecah,bermutu tinggi dan boleh digunakan sehingga suhu 120 darjah celcius.
  • Periuk nasi bergred tinggi dapat mengekalkan kelazatan masakan.
  • Menjimatkan masa dan mdah digunakan.
  • Pelbagai fungsi:mengukus atau merebus nasi dan bijirin,bekas simpanan makanan di dalam peti sejuk,panas semula atau dihidangkan terus.
  • Selamat digunakan di dalam mesin pembasuh pinggan dan peti dingin beku.




CARA PENGGUNAAN:

  1. Sediakan bahan-bahan.
  2. Letakkan semua bahan-bahan masakan ke dalam pot seramik(mengikut nisbah masakan seperti jadual di bawah).
  3. Tutup pot seramik dengan penutup dalam keadaan terbalik.
  4. Ketatkan bekas penutup,kemudian masukkan nasi ke dalam  ketuhar gelombang mikro.
  5. Laraskan masa mengikut nisbah yang sesuai seperti jadual di bawah.



 NISBAH MASAKAN:

    Nasi                       Air                            Masa  
0.5 cawan           193ml (2.0 cawan)           8-10minit
1 cawan              268ml (2.5 cawan)          10-12minit
2 cawan              289ml (3.0 cawan)          12-15minit
3 cawan              386ml (4.0 cawan)          15-20minit
4 cawan              482ml (5.0 cawan)          15-20minit

4 comments:

  1. Salam kenal. Kalau hadiah mcm ni bagus jugakkan...thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. terima kasih Mak Wardah sudi mampir sini yea & salam kenal jugak dari saya.Suka sangat saya bila dpt gift2 cam gini,kalau nk beli ntahkan bila gaknya......

    ReplyDelete
  3. Salam kenal dr saya.Bestnya dpt hadiah camni..leh tambah koleksi :D

    Klu berminat dgn pemanggang ajaib murah...jemput la singgah

    Email:azatie_sayang7071@yahoo.com.my

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga dr saya,thanks sudi singgah sini....Saya ada jugak ikuti perkembangan blog azatiesayang,dh masuk dlm blog list lagi....hehehe..

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....