Semanis Epal Hijau

Wednesday 26 September 2012

Ayam Merah Serai



Ayam masak merah serai ini dah beberapa hari buat dan yang biasa selalu masak,cuma malas nak buat N3,tu yg lambat sikit nak publish.Mungkin faktor masa tidak mengizinkan,minggu nie anak-anak pun sibuk dgn exam PSRA sekolah agama......tu yg kena beri tumpuan sikit pada diorg...


Tak nak ngomel panjang2,jom layan resepinya....


AYAM MERAH SERAI

Bahan-bahan:
  • 3@4 ketul ayam-potong 3
  • serbuk kunyit 
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb sos tiram
  • Garam & bahan perasa secukupnya
  • Minyak secukupnya
  • Sedikit air


Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • Halia
  • 1 batang serai


Cara-cara:
  1. Ayam digoreng hingga masak.Angkat & ketepikan.
  2. Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili & sos tiram,kacau,masukkan sedikit air & garam serta hirisan bawang besar.
  4. Bila  kuah agak pekat sedikit,bolehlah dimasukkan ayam yg digoreng tadi.Kacau rata & boleh dihidang.



3 comments:

  1. nk meroyan tgk color ayam merah nih...i like ayam merah...

    ReplyDelete
  2. salam adda syuhada....adda kena try buat nie,baru leh hilang meroyan tu.....hehehe...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....