Berikut info tambahan yang turut di peroleh dari akbar berita harian. Semoga tips ini sama2 dapat diamalkan dan berjaya melahirkan anak yang bijak
INFO: Tip untuk ibu bapa
- Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
- Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
- Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
- Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....