Semanis Epal Hijau

Monday, 11 July 2011

Diet Anda Semasa Anda Menyusukan Bayi Anda

Anda mula merasa lapar ketka menyusukan.Keperluan Pemakanan anda semasa menyusukan adalah sama dengan yang diperlukan dalam masa hamil.Pengambilan makanan yang mencukupi adalah pelu kerana menyusukan memerlukan kalori antara 600 hingga 800 sehari.Keperluan ini boleh dipenuhi dengan mengambil makanan tambahan bijirin dan daging, dan segelas susu.Cecair tambahan diperlukan untuk mengeluarkan susu.Anda  harus minum sekurang-kurangnya 8 cawan cecair (susu,jus,sup dan air)sehari.

Apa-apa yang anda makan dan minum mempengaruhi perisa dan kandungan susu badan anda.Anda boleh makan semua jenis makanan tetapi ada makanan tertentu yang mungkin menggangu pemakanan bayi anda.Sebagai peraturan umum,jangan mengambil terlalu banyak makanan berempah,pedas dan makanan yang dimasak cuka,halia dan minyak bijan.

Anda juga harus menjauhi alkohol,kafin,nikotin dan ubat-ubatan kerana semua ini dapat mempengaruhi susu  badan.Mintalah nasihat doktor anda sekiranya anda memerlukan sebarang pengubatan.

Info ini dipetik drp Buku Bayi Yang Sihat(Permulaan Yang Menakjubkan)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....