Semanis Epal Hijau

Tuesday 12 July 2011

Petua Mengatasi Bayi Kembung Perut

Bayi yang mengalami kerengsaan akibat angin dalam perut atau kembung akan menangis teruk tanpa sebab dan keadaan ini berulang setiap hari, biasanya pada lewat petang atau awal malam.
Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah sistem penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu secara berlebihan.

Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara 2 minggu dan 6 bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia 2 tahun atau lebih.

Untuk memastikan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa samaada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari.

Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

1.Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan.  Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol.

Ibu bapa perlu berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :
  • Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.
  • Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  • Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.
  • Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.
  • Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.
  1. Bawa bayi anda bersiar-siar di taman
  2. Tukar pemakanannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.
  3. Mainkan muzik perlahan, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen
  4. Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti bunyi pembersih vakum atau mesin basuh
  5. Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat
  6. Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan.

Dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....