Semanis Epal Hijau

Friday, 15 July 2011

Kelahiran Bayi

Sekiranya ini adalah kehamilan anda yang pertama kali,anda mungkin berasa agak khuatir untuk melahirkan anak.Anda dinasihatkan agar menghadiri kelas-kelas mengenai pelahiran atau ante-natal semasa anda hamil 7 bulan.Kursus seumpama ini dapat membantu anda menyiapkan diri dari segi mental dan jasmani dalam menghadapi pelahiran dan kelahiran.Sekiranya anda telah bersiap diri dengan sempurna anda akan berasa yakin dan mendapat pengalaman itu sebagai berfaedah.


Tanda-tanda Pelahiran
Alam semulajadi,biasanya banyak memberi anda tanda-tanda peringatan agar anda mengetahui bahawa bayi anda akan lahir.Pelbagai perkara boleh terjadi pada permulaan pelahiran.


"Tanda"(Show) Bayi Akan Lahir.
LEndir dikeluarkan daripada pangkal rahim bersama-sama sedikit darah melalui faraj.


Pecah Ketuban
Apabila Ketuban cecair yang mengelilingi bayi itu pecah dengan sendirinya,anda akan terasakan kebocoran airkeluar seperti buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan.Mungkin ia keluar secara menitis atau memancar dengan deras.Biasanya ia tidak berwarna.


Rasa Sakit Melahirkan
Perenjatan rahim membuat anda berasa sakit.Rasa sakit ini mungkin berupa rasa sakit di bahagian bawah perut anda seperti sakit semasa datang haid.Biasanya ia datang berulang-ulang setiap 20 minit dan setiap kali datang berakhir antara 20 hingga 30 saat.Sakitnya akan menjadi lebih kerap dan lebih kuat.
Anda anganlah bingung sekiranya ketiga-tiga tanda yang disebutkan di atas terjadi.Hubungi doktor anda dan bersiaplah untuk ke hospital.
Sebaiknya janganlah makan dulu sebelum anda ke hospital.Rengat melahirkan menghalang penghadaman dan penyerapan makanan dan minuman.Perut anda hendaklah kosong sekiranya anaestetik umum diperlukan.


Kelahiran Bayi  Anda
Dalam kelahiran bayi biasa,tiga tahap pelahiran akan anda lalui.


Tahap Pertama
Serviks anda melebar perlahan-lahan pada setiap rengatan untuk memberi laluan kepada bayi.Dalam tahap awal,rengatan terjadi berselang antara 20 atau 30 minit,kemudian semakin bertambah sering dan kuat.Apabila serviks telah cukup lebar,rahim akan merengat pada setiap 2 minit dan setiap rengatan itu bertahan selama 1 1/2 minit.Dalam kehamilan pertama pelebaran serviks mungkin mengambil masa selama 10 jam.


Tahap Kedua
Kini serviks telah lebar secukupnya.kira-kira 10 cm diameter.Kepala bayi anda kini turun ke dalam saluran kelahiran dan siap untuk lahir ke dunia.Rengatan menjadi bertambah kuat dan mendesak anda meneran.Doktor dan bidan akan membantu anda,oleh itu anda hanya perlu meneran,jika perlu.Tahap ini biasanya berlaku kira-kira satu jam lamanya.
Apabila kepala bayi anda keluar dari faraj,biasanya tubuh yang selebihnya keluar dengan mudah.


Tahap Ketiga
Sebaik saja bayi dilahirkan,uri tanggal dengan sendiri daripada dinding rahim.Dengan bantuan doktor dan rengatan rahim,uri akan terteran keluar.kantung Amnion yang kosong yang masih melekat pada uri keluar bersama-samanya.Uri,kantung dan sak yang keluar dirujuk sebagai 'after birth'.


Lega Daripada Rasa Sakit
Mendapat bayi adalah satu pengalaman yang indah.Walaupun mungkin menyakitkan dantidak bermaya.Rasa sakit akan lebih serius sekiranya anda merasa tegang.Jika anda bernafasa dengan teratur dan stabil semasa rengatan dan menyantaikan tubuh anda antara waktu tersebut,ia dapat membantu mengurangkan kesakitan dan ketegangan.Mengurut bahagian bawah belakang juga dapat membantu anda beristirehat.


Melahirkan Anak
Inilah masanya yang anda tunggu-tunggu.Anda mungkin menjalani pelahiran dengan spontan dan bayi anda dilahirkan secara normal.Bagaimanapun ,doktor anda mungin memutuskan untuk membantu anda bersalin dengan menggunakan alat,jika perlu.Tidak lama kemudian anda akan memeluk bayi yang menjadi kebangga dan kegembiraan anda.


Forseps
Adakalanya bayi terpaksa dikeluarkan dengan pertolongan .Doktor anda mungkin menggunakan forseps yang persis cakupannya dengan kepala bayi anda  untuk menariknya keluar perlahan-lahan.


Vakum
Doktor anda mungkin juga menggunakan penyedut vakum,sebuah corong kecil daripada keluli yang disambungkan kepada pam vakum.Alat ini akan simasukkan ke dalam faraj dan dilekatkan pada kepala bayi.Sebaik anda menerannya,bayi anda akan disedut keluar melalui saluran bersalin dengan perlahan-lahan.


Episiotomi
Otot-otot dan kulit disekeliling pintu faraj mungkin koyan akibat regangan tisu-tisu untuk membolehkan kepala bayi lepas keluar.Doktor mungkin mengguntingnya untuk mencegahnya daripada koyak.Guntingan ini akan dijahit semula setelah bayi dilahirkan.Prosedur ini dikenali sebagai episiotomi.


Kelahiran Pembedahan(Sesarean)
Kelahiran sesarean ialah bayi yang dilahirkan melalui pembedahan perut.ANda mungkin diberikan anaestetik umum dan tidur sepanjang pembedahan atau memilih melakukan  epidura.Epidura akan melalikan bahagian ke bawah tubuh anda ,jadi anda sedar dan melihat kelahiran bayi anda tanpa terasa sakit.Biasanya pembedahan dilakukan melintang dan bayi anda akan dikeluarkan,dan diikuti oleh uri.Pembedahan mengambil masa kira-kira 40 minit.
Pembedahan cara sesarean adalah perlu  sekiranya pelvis ibu terlalu kecil,uri membendung laluan bayi atau kesihatan ibu atau bayi dalam risiko.


Kelahiran Bayi Songsang
Kebanyakan bayi lahir dengan kepalanya dulu.Bagaimanapun ada antara nya yang tidak mengikut posisi tersebut dan dilahirkan dengan kakinya dulu.Kelahiran seperti ini dinamakan kelahiran songsang dan caranya adalah menjadi lebih sukar lagi.Anda memerlukan episiotomi dan selalunya forseps digunakan.Adakalanya,pembedahan sesarean diperlukan.


Kelahiran Cetusan
Doktor anda mungkin memulakan pelahiran secara buatan sebelum tiba masanya lahir dengan sendirinya.Cara ini dinamakan kelahiran 'cetusan'.Biasanya hormon diberikan sama ada berupa tablet atau secair yang dialirkan melalui urat di lengan anda.


P/S Info ini dipetik daripada Buku Bayi Yang Sihat(Permulaan Yang Menakjubkan).....Takut buku ni hilang ,terkoyak@lusuh ,so saya abadikannya disini untuk dibaca dan sebagai panduan  bakal-bakal ibu.........

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....