Semanis Epal Hijau

Friday 20 September 2013

Bendi celur bersalut cili

Bendi kaya dengan kalsium ,mengandungi 7% karbohidrat,90% air,2% protein,2% air,1% serabut,garam galian dan vitamin B.Jom kita ke sini untuk mengetahui kelebihan-kelebihan bendi dan khasiat yang terdapat di dalamnya....Siapa tak makan bendi,rugi tau!..........
Nie utk menu semalam,biasa hanya celur dan cicah dgn sambal belacan aje......kali nie nak masak cenggini pulak......sedap tak??mesti sedapkan,air tangan sendiri kan!!....


BENDI BERSALUT CILI
Bahan-bahannya:-
  • Bendi
  • Minyak secukupnya
  • Garam & bhn perasa
  • Asam keping
  • Air 
Bahan kisar:-
  • Cili padi
  •  Cili merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
Cara-caranya:-
  1. Basuh bendi.Didihkan air,masukkan setitis dua minyak dan garam.Celurkan bendi(bendi jgn dipotong dulu).Angkat dan toskan,kemudian baru dipotong 2.
  2. Tumiskan bhn kisar,masukkan garam & bhn perasa serta asam keping.Biarkan hingga kering sedikit.
  3. Padamkan api, masukkan bendi yg dicelur tadi dan gaul mesra.Ok,dah siap.

1 comment:

  1. salam myda…saya pun suka bendi & selalu gak bt style ni. yg paling suka celur cicah budu je. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....