Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Friday, 13 September 2013

Sotong bercili kacang panjang

 Sotong bercili digandingkan dengan kacang panjang,memang sedap...boleh dikatakan menu 2 dalam 1 lah kan....,mana taknya,dalam masakan tu dah ada sayur  ..lauk pun ada....kan senang,mudah dan cepat proses memasak saya....(org malaslah katakan)...huhuhuhu.....

p/s:lauk sotong tak leh masak selalu kt umah,anak2 tak makan ....

BAHAN-BAHAN:-
  • Sotong-siang dan potong kecil
  • Kacang panjang-potong 2 inci
  • Serbuk kunyit-lumur pada sotong
  • Garam dan aji secukupnya
  • sekeping asam
  • Minyak secukupnya

BAHAN TUMBUK@KISAR:-
  • Cili padi & cili merah
  • Bawang merah besar
  • Bawang putih

CARA-CARA:-
  1. Lumurkan sedikit kunyit pada sotong,goreng sekejap.Angkat dan ketepikan
  2. Tumiskan bhn tumbuk hingga masak,kemudian masukkan sotong,kacang panjang,kacau rata.
  3. Masukkan sedikit air ,asam keping dan perasakan garamnya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....