Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Monday, 9 September 2013

Kacang panjang goreng bersama ayam


Selalu sangat masak cam gini.....goreng ayam mesti letak sikit kacang panjang,nak bagi nampak banyak sikit lauk tu.....tapi yang pasti anak2 takkan amik kacang panjangnya.....

Resepi yang biasa2 jer,jom semak....


 KACANG PANJANG GORENG BERSAMA AYAM
BAHAN:-
  • Semangkuk kecil ayam-dipotong kecil 
  • Kacang panjang
  • sedikit serbuk kunyit-lumurkan pada ayam
  • sedikit serbuk kari
  • Garam secukupnya
  • Perisa Tumix
  • Minyak masak 
BAHAN TUMIS @GORENG:-
  • 1 biji bawang besar-di hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris juga
  • 2 batang cili merah-potong memanjang@ hiris menyerong pun boleh

CARANYA:-
  1. Bersihkan ayam dan lumurkan dgn serbuk kunyit dan sedikit garam
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga masak dan sedikit garing.
  3. Bila ayam dah masak,tolak sedikit tepi kuali ,masukkan bhn tumis..goreng hingga layu dan sebatikan dgn ayam tadi.
  4. Masukkan serbuk kari,kacau rata dan masukkan kacang panjang.
  5. Perasakan dan sedia utk dihidang dgn nasi panas.

2 comments:

  1. Samala dengan anak2 kak ina...makan ayamnye aje.. sayurnye ibu ayah kena perabih..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau sayur lain diorg mkn,cuma kcg panjang je..maybe keras kot kan....

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....