Semanis Epal Hijau

Sunday, 26 May 2013

Lemak putih tempe dan sayur campur

Dah selalu masak sambal tempe jer,kali nie nak masak lemak tempe pulak dicampurkan dengan sayur kobis dan sawi sikit.Bila masak cam gini ,adalah sikit kuah untuk bdk2 makan.....tp yg pasti tempe tu diorang x kan amik...tapi....ada tapinya,bdk2 lebih suka kalau tempe yg digoreng ajer......

Bahan-bahan:-
  • 1 keping tempe-potong kecil memanjang
  • 1 mangkuk kecil kobis
  • 1 pokok sawi-potong pendek
  • 1 biji cili merah
  • sedikit sohoon-rendam dan potong pendek
  • 1 kotak santan(200ml)
  • 2 cawan air
  • Garam secukupnya
Bahan blender kasar/tumbuk
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bwg putih
  • ikan bilis
Cara-cara:-
  1. Masukkan 1 kotak santan,2 cwn air,tempe dan bhn blender ke dlm periuk dan didihkan.
  2. Didihan pertama masukkan sohoon,garam kacau  dan biarkan sekejap.
  3. Didihan kedua ,baru masukkan sayur kobis dan sawi serta cili merah.
  4. Didihan seterusnya rasakan kuahnya,bila kurang garam tambah lagi.Kacau dan tutup api.

1 comment:

  1. assalam Myda
    sedapp kuah lemak putih
    kalu akak mesti gandingkan dgn ikan goreng dan sambal tumis ikan bilis
    fuhh mkn dgn nasi panas2 mesti bertmabah selera

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....