Semanis Epal Hijau

Tuesday, 12 February 2013

Kacang panjang goreng tempe


Tadi sempat masak cincai2 jer,coz hari nie masuk kerja shif petang...biasanya amik shif malam jer.....chek punya chek menda2 kat esbok,tak banyak pulak stok sayuran & ikan@ayam....cuma ada saki baki kacang panjang & tempe .....Sok @ lusa nie nak kena pi shopping jugak barang2 dapur,lau x ...makan telur jerlah....huhuhu.....

Bahan-bahan:
Kacang panjang--potong menyerong
Tempe--potong kecil 
Soon-rendam & gunting pendek
Bawang besar
bwg putih
ikan bilis
cili merah
Garam & serbuk secukup rasa
minyak

Caranya:
Tempe digoreng garing,angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yg sama,kalau banyak minyak ..kurangkan sikit,masukkan ikan bilis,goreng garing sedikit...baru masukkan bwg merah & bwg putih serta hirisan cili merah.
Bila dh agak layu,masukkan kacang panjang & soon...kacau sebati...perasakan dgn serbuk secukup rasa  & garam.
Akhir sekali baru masukkan tempe yg siap digoreng tadi....ok siap.

3 comments:

  1. Wah! Ini hidangan evergreen... dulu, kini dan selamanya...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kt kampung, sayur nie mesti ada.....x kiralah time raya ke @ kenduri....oooooo baru teringat..kekadang tu beli nasi ambeng ada jugak letak sayur ini...

      Delete
  2. Sedapnya... goreng tempe dengan kacang panjang.
    Dulu, kalau makan kat warung-warung Sunda, mesti ada masakan macam ni, tapi mereka suka gunakan kacang buncis. Sekali sekala saya pun suka juga masak cenggini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....