Semanis Epal Hijau

Thursday, 2 May 2013

Sambal telur rebus


Happy Labour Day!! dan salam hari khamis semua......................

Kebetulan ada beberapa telur rebus kat dapur dari kenduri kawin.So,nak try masak sambal telur rebus.Agak2 makan x bdk2 nie ha????........bila dh msk ,sorang je anak yg mkn,yg lain2 tu cuma jamah sambalnyer je....terpaksalah kena gorengkan telur dadar......
Ada jugak wt research kt sini,tp resepi tu ada menggunakan halia ,saya kalau boleh nakkan rasa sambal yg asli mcm sambal nasi lemak ....jadi saya wt mcm sambal biasa jer


Bahan-bahan:
  • 3 biji telur rebus
  • 1 biji bawang besar-potong bulat
  • Minyak utk menumis
  • Asam keping
  • Air,garam,gula dan perasa secukupnya
Bahan blender:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang sederhana besar
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit belacan(jika suka)
  • sedikit air
Cara-cara:
  1. Buangkan kulit  dan goreng sekejap telur rebus,angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan semua bhn blender,hingga naik minyak dan bau.
  3. Masukkan garam,sedikit gula dan bhn perasa serta asam keping,juga sikit air.
  4. Masukkan hirisan bwg besar dan telur yg telah digoreng tadi.Gaul rata.Siap.

3 comments:

  1. happy labour day

    feberet en asben akak ni he hee setiap hari masak pun ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya kalau en hubbyku suka mkn mcm asben mama sara nur....ini tidak,sambal2 jenis gini mmg dia x kan sentuh....yg dia suka jenis ala2 tomyam,sup....lemak2 pun dia x suka...payah2 en hubbyku sorg nie

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....