Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Friday, 22 November 2013

Pengat Labu

Dah lama tak makan pengat labu,kebetulan labu yang mak bawakan tu masih ada dan elok lagi,so saya teruskan projek petang ini dgn masak pengat labu.....buat dalam 1/2 biji saja,tu pun dah banyak, yg makannya saya sorang je,mananya tak banyak,lainlah kalau seisi rumah yg makan,gerenti mmg x cukuplah.........bagi sikit kat jiran sebelah...kebetulan jugak ada pinggan jiran tu kat rumah...pg tadi dia bg mee goreng,kiranya nak balaslah nie...tu pun masih ada 2 @3 pinggan lagi,lepas nie nak balas apa pulak yerk?....takkan nak pulangkan dgn pinggan kosong je,malulah kan.....


PENGAT LABU

Bahan-bahan:-
  • 1/2 biji labu dipotong dadu
  • 1/2 cawan gula merah,bancuh dgn air panas
  • 400ml air@2 kotak air(sukat dgn kotak santan tadi)
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1 kotak santan@200ml
  • 1/8 cawan  sagu  biji(direndam sekejap,bila kembang akan jadi 1/4 cawan)
  • secubit garam
  • Daun pandan(x letak sbb x de)
Cara-caranya:-
  1. Labu dikupas kulit dan dipotong dadu,basuh dan rebus separuh masak(air rebusan paras2 labu tu).
  2. Masukkan sedikit air panas ke dlm cawan yg berisi gula merah tadi,kacau hingga hancur dan tapiskan.(kekadang ada batu2@pasir halus di dalam gula merah).
  3. Masukkan santan kotak,air secukupnya,gula merah yg ditapis,gula pasir dan secubit garam.Didihkan dgn api sederhana dan sentiasa di kacau...(jika kuah pekat boleh tambah air lagi)
  4. Masukkan  sagu biji,kacau dan renehkan hingga masak.

2 comments:

  1. lamanya tak makan pengat labu ni. bila c.abg xberapa suka kita pun jd jarang2 nak masak. huhu!!!!saya suka sebenarnya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....