Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Friday, 8 November 2013

Cheese Tart


1st time buat cheese tart.....keinginan anak  ke 2 nie,kenalah saya buatkan....sebetulnya saya memang kurang suka tart...entahlah kenapa,.. tu saya tak tahu,maybe cheese kot.......sebutir dua tu bolehlah masuk mulut,tapi kalau nak mengulang buat.....errrrmmm,tengoklah,kalau ada lagi keinginan anak nak makan....akan saya buatkan jugak.... ada shellnya yang agak gelap sikit warnanya....masuk oven sama,bakar ikut suhu pun sama,tapi ada shell yang warnanya tak sekata...maybe yg  shell perang sangat tu berada betul2 bawah besi pemanas oven.....Oven yang saya guna tu, baru je beli....baru je 2 ,3 kali guna.....
Cheese tart nie saya letak inti coklat....anak2 lebih suka coklat daripada blueberry@strawbery.....
kalau letak inti lain kang,tak licin2 lah balang kuih tu nanti.......saya buat apa yang anak2 suka makan je....

Cheese Tart
Bahan-bahan Sweet Pastry

Bahan A:-
200gm mentega
100gm gula aising
1/4 sudu teh esen vanila

Bahan B:-
1 biji telur

Bahan C:-
420gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung

CARA-CARA:-
  1. Putar bahan A hingga lembut dan tambahkan bahan B.Putar lagi hingga gebu.
  2. Masukkan bahan C dan gaul sehingga sempurna.
  3. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tart.Tusukkan lubang dikulit pastri dan bakar pada suhu 190'c selama 15 minit atau sehingga kuning  perang.Ketepikan.

FILLING

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula castor-saya guna gula aising
  • 1/2 sudu teh esen vanila/esen lemon
  • 1 biji telur


Keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan.JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanila.Putar lagi.....
Masukkan filling ke dalam kulit tart.Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yang sama letakkan filling tadi.Di mana kita masukkan ke dalam piping bag dan picitkan di atas filling dalam shell tadi.Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
kemudian bolehlah kita mulakan proses melorek atas cheese tart tadi.
Klik sini untuk melihat proses lorek meloreknya....
Bakar selama 5 minit pada suhu 170'C.Sentuh cream dengan hujung jari.Jika tak melekat,maknanya dah masak.Jika tidak,bakar dalam seminit lagi.
tambahan:ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

2 comments:

  1. wow, sedapnya cheese tart..saya suka makan tapi belum pandai buat lagi..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk buat kena beli bnyk2 acuan tart...mcm sya br nk mencuba..beli sikit dulu..lepas ni lau nk wt lg kena tambah dulu acuan tartnya..biar cepatselesai..

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....