Semanis Epal Hijau

Tuesday 12 November 2013

Kuih Koci



Buat kuih koci untuk makan2 petang semalam dan juga misi utk menghabiskan daun pisang yang mak kirim dari kampung tempoh hari....sayang kalau tak digunakan.....sian mak,dahlah susah payah amik ,lepas tu balutkan pulak dlm surat khabar,terkilan kalau tak digunakan....tu yg cuba  resepi2 kuih-kuih yg menggunakan daun pisang.....sebelum nie gunakan daun pisang utk buat kuih abok2...
Memang banyak gunanya daun pisang nie,selain untuk bungkus kuih,daun pisang boleh juga dibuat pelapik makanan @ nasi lemak...hidangan yang berbungkus daun pisang menerbitkan bau harum serta membangkitkan selera pemakannya...

Alhamdullilah,siap jugak buat kuih koci semalam....tak banyak pun buatnya,cukuplah utk makan anak-beranak.....anak yg ke 4 tu,asyik request nak makan kuih koci......sian pulak tak dibuatkan....
kebetulan ada stok  baru tepung pulut kat rumah,hanya singgah sebentar di kedai utk beli kelapa parut sahaja...sambil amik anak balik sekolah tu,singgahlah jap......

Kuih koci yg belum dikukus lagi.....sungguh tak kemas bungkusannya,kurang arif dlm melipatnya...

KUIH KOCI

Bahan-bahan doh:-
  • 3 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 1 1/2 cawan air,kalau kurang boleh tambah lagi
Bahan inti:-
  • 1 /2 biji kelapa parut(muda)
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan gula merah
  • Daun pisang yg dilayurkan
  • Sedikit santan+ sedikit garam
Cara-cara:-
  1. Campurkan kedua2 tepung pulut,masukkan air sedikit demi sedikit..uli hingga menjadi doh.
  2. Masak gula merah+ air hingga hancur,masukkan gula pasir...masak dgn api perlahan.
  3. Tapiskan air gula,masukkan semula dlm periuk dan masukkan kelapa parut,gaul sebati dan masak hingga kelapa parut dan cecair gula td sebati...
  4. Ambil sikit adunan doh,letak atas daun pisang,leperkan..masukkan inti...tutup dgn doh dan sudukan sedikit santan keatas doh.Bungkus dgn elok.Buat sampai habis.
  5. Didihkan air kukusan.Bila air dh mendidih,bolehlah dikukus....selama 15 minit.
  6. p/s Inti kelapanya masih banyak lagi,maybe saya letak sikit sangat..so saya simpan yg lebihnya tu.Mungkin boleh digunakan utk kuih lain....ketayap ke??...

1 comment:

  1. Rajinnya awak buat koci...kak ina lak yang dah tak rajin..he he... inti kelapa tu buat ketayap pun sedap gak..atau buat pulut inti ke kan :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....