Semanis Epal Hijau

Monday 13 May 2013

Kuih Sagu (Bronok)

Sebelum nie dah pernah buat kat sini dan hari nie buat kuih sagu nie pun masih lagi menggunakan resepi Mama kastam@myresepi....cuma yang bezanya  saya sukat  bahan-bahan menggunakan cawan metrik.
Dan kali nie saya menggunakan esen strawbery sebagai perasanya.Jom layan gambar......

Sesekali layan kuih tadisional nie pun ok gak!...

 Tapi tak de sapa pun yang kat rumah nie nak join makan dgn saya.......dan mungkinkah akan saya buat lagi lepas2 nie???.....



KUIH SAGU(BRONOK)
Sumber cnp :Mama kastam tioman@myresepi
Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose

Cara-cara

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3.  Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa yang telah di campaur dengan garam....siap.

5 comments:

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....