Semanis Epal Hijau

Saturday, 4 May 2013

Donut gebu


 Esok 5/5/2013,jangan lupa yea utk mengundi....bangun awal2,pergi mengundi awal ...sampai tempat mengundi pun awal dan  x perlu beratur panjang...balik pun awal....haaa,itulah saya hehehe....
Tgh hari tadi saya sempat menguli doh ,nak buat donat gebu,pilihan resepi adalah dari resepi puan Hasue kat sini,tapi  memula google terjumpa resepi nie kat blog Azie Kitchen......
Memang gebulah donat nie dan terima kasih yea sudi kongsi resepi....

 Ada sorang anak yg memang x suka makan donut,tapi bila dapatnya donut nie makan pulak dia.....Alhamdullilah,akhirnya tak payah nak paksa2 dia makan.Bukannya apa,cuma kesiankan dia,bila kat PASTI,time makan ,dan bila dihidangkan donut .. dia x nak makan donut tu.....akhirnya cuma minum air jer dan tgk jerlah kawannya makan donut ......Bila dia dh mula suka makan donut nie,sukanya saya .....



  Mohon di cnp yea resepinya disini....


Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin / Mentega
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)



Cara-cara

  1.  Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2.  Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3.  Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4.  Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
  5.  Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2

 Teksturnya dalamnya memang gebu....




  6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

 8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....