Semanis Epal Hijau

Monday, 11 June 2012

4 jenis menu tengahhari semalam



 Dan salam ceria dan salam pagi Isnin kepada semua teman-teman......
Semoga kalian sihat2 hendaknya ,alhamdullilah saya dan family sihat ,cuma letih sikit aaa...keje malamkan ,biasalah memang x pernah cukup tido....lagi2 kalau setiap 1 jam ada je patient,kejap2 bangun,kepala pun jadi pusing.......balik rumah pulak,ada je tugas yg menanti.........


Alahai,kalau nak asyik berbicara pasal keje,memang tak pernah habis........dan daripada asyik mengeluh je,baik aku sebut alhamdullilah,keje banyak ke,keje sikit ke...sebut alhamdullilah,kan lebih elok....pahala pun dpt....huhuhu



 Hari ini bdk2 dh start sekolah semula selepas puas becuti selama 2 minggu.Kami cuti x pi mane2 pun,....1st week,anak2 sibuk ngan program gerak gempur UPSR,weekend,ada pulak program Kem Bestari Solat.Ada jugak kedengaran keluhan anak2,....
"mama,x pi mane2 ke?"bosanlah ,katanya...
kdg2 sian pulak,x ajak pi jln2..last2 bawak diorg pi I-City je.....
 4 jenis menu hidangan ini adalah menu tghhari semalam,cendawan goreng,lemak bayam merah,ayam msk kicap dan msk ayam campur sikit bunga kobis,carrot,cendawan dan tambahkan sikit sos tiram.Memandangkan semalam last cuti sekolah,rajin pulak aku msk sampai 4 jenis.........kalau time sekolah mmg x berkesempatan langsung,cukup hanya 2 jenis lauk je...... 
Untuk ayam kicap tu,amik resepi kt SINI,cuma  segala jenis sos tu saya lebihkan sikit utk bg kuahnya banyak,lgpun msk kicap mmg fav org2 kt umah nie termasuklah yg tukang msknya nie.....hihihi...Thanks utk resepinya....mohon di cnp....


Ayam Kicap

 Bahan-bahan:


  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)-saya guna 3 ketul dada ayam-potong kecik2
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
  • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)-x letak,takut pedas sgt
  • 1 sudu makan cili kisar/cili giling-saya guna 10 tangkai cili kering
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit hirisan daun sup
  • sedikit madu/gula dan garam
  • sedikit air asam jawa
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  •  sos cili-saya tambah

bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai-saya gantikan lengkuas

Cara-cara :
  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan. 
  7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!
Tepung goreng cendawan tu buat sendiri je,memandangkan ada mcm2 jenis tepung kt umah tu,cuba2 main campur2.....x guna sukatan,main letak je,ikut citarasa masing2... kalau nk pedas banyakkan serbuk cili kisar@serbuk kari....
  • tepung gandum
  • tepung beras
  • tepung jagung
  • serbuk pati ayam knorr
  • serbuk kari
  • serbuk cili kisar halus
  • sedikit garam



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....