Semanis Epal Hijau

Wednesday, 6 June 2012

Pancake

Dan selamat tghhari.......
Pagi tadi breakfast lain dari yang lain,biasanya nasi lemak,bihun goreng,mee goreng @ maggi goreng.......tapi kali ini ,pancake jadi pilihan menu breakfast kami anak-beranak,takut risau ada anak2 yg x sukakan pancake, so kena ada juga makanan yg lain.Bihun goreng untuk anak2 yg tak suka mkn pancake......
1st time buat,menjadi jugak yea pancakeku ini,saya fikir diorg x suka mkn....Alhamdullilah,ternyata sangkaan saya tidak benar sama sekali....anak2 mkn juga pancake yg saya buat itu....huhuhu...seronok rasanya diorg boleh terima@makan pancake ......

Belek bahan2 kat dapur,ternampak jem kaya,tu yang terus search kat google,cari resepinya.Pancake juga boleh dimakan dengan jem kaya,coklat,nutella,madu ataupun peanut butter.Kami mkn dengan jem kaya,maybe next time bila buat lagi,nak jugak mkn dengan coklat nutella,mesti sedapkan!....Apa2pun thanks yea Inaku79,utk resepinya.....




Sumber:http://inaku79.blogspot.com/2010/07/pancake.html

Bahan-bahan:
  •  1 biji telur
  •  1/4 cawan gula
  •  3/4 susu segar atau susu cair - prefer susu segar,pancake jd lg lembut
  •  1 cawan tepung gandum
  •  1 tsp baking powder
  •  1/4 tsp garam
  •  25 gram butter - anggaran dlm 1 sudu besar - kemudian dicairkan

Cara-cara:
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan susu.
  2. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, dan juga garam. Kacau hingga sebati bersama butter yang telah dicairkan terlebih dahulu.
  3. Panaskan non-stick pan dgn kepanasan sederhana. Ceduk adunan tadi dlm dua sudu besar ke dalam pan yang telah digriskan dgn butter atau minyak. Aku tak gris pon...hehehe
  4. Apabila kelihatan buih-buih kecil timbul dipermukaan, bolehla balikkan pancake tersebut.
  5. Kemudian angkat dan hidangkan dengan jem kegemaran anda.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....