Semanis Epal Hijau

Saturday 23 June 2012

Karipap Pusing...x menjadi..huhuhu




Dohnya amik dari blog Periuktanah,memang doh utk karipap pusing pun ,tetapi apakan daya,cuba buat2,uli-menguli....semua ikut step by step....bentuk2 pusingnya tu tak kelihatan langsung,adalah nampak sikit2,tapi tak memuaskan.....last2,uli je mcm doh biasa tu,maybe tangan ini masih lagi kaku utk menguli doh karipap pusing ini kot@memang tak pandai @ tak faham ,maklumlah 1st time wt karipap pusing ni,selalunya buat mcm yg biasa je.........maybe next time,akan cuba atasi kelemahan ini....huhuhu...
Lepas nie kalau nak wat lagi kenalah  tunggu beli mesin penggelek dulu....hehehe,dah malas nak gelek2 doh guna gelas....leceh,lambat pun ye.......


Karipap
Resepi : http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1070086
Sumber cnp:Raihan@Periuktanah


Bahan-bahan:
Doh A:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan margerin
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan - 3/4 cawan air sejuk dari peti ais
Doh B:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan margerin
Cara membuatnya:
  1. Masukkan Bahan doh A ke dalam mangkuk kecuali air. Gaul ramas macam buat karipap biasa hingga jadi serbuk. Tambahkan air sedikit-demi sedikit hingga adunan menjadi doh lembut dan licin.
  2. Bahagikan kepada 4/6/ 8 bahagian. K.An buat waktu malam dan dah mengantuk, jadi K.An bahagikan 4 je... (jumlah pembahagian ini menentukan saiz karipap tau... K.An punya karipap saiz harga 50 sen.
  3. Masukkan pula bahan Doh B ke dalam mangkuk berasingan. Uli hingga jadi doh licin. Bahagika juga seperti Doh A (4/6/8 bahagian)
  4. Canai doh A dan isikan dengan bebola doh B. Bulatkan. Buat hingga habis.
  5. Canai satu bebola doh yang telah diisi doh B anggaran 1 1/2 sm tebal. Gulung kemas. Canai sekali lagi. (doh akan jadi panjang)
  6. Gulung sekali lagi. ke arah bujur agar gulungan jadi pendek. Potong guna pisau seeloknya yang bermata gergaji setebal 1 sm.
  7. Canaikan dan terbalikkan. ( supaya corak yang terbentuk seperti diingini) Isikan inti secukupnya. (boleh semak resepi inti di post karipap keledek ye)
  8. Kelim karipap seperti biasa. Doh sebanyak ni menghasilkan lebih kurang 30-35 ketul karipap. 
Nota Kan:Jika ingin simpan beku karipap, alas bekas dengan plastik dan setiap lapisan karipap. Goreng dengan minyak yang telah dipanaskan ketika karipap masih beku. Perlahankan api atau gunakan api sederhana agar karipap cantik ketika digoreng.

2 comments:

  1. Tak pe Myda, percubaan yang baik... walaupun tak berapa menjadi tapi mungkin kulit tu rangup kan... boleh cuba lagi, insya-Allah akan menjadi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....