Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Saturday, 30 June 2012

Ikan Bawal Sweet Sour


Masakan jenis macam nie jarang2 sgt buat kat rumah bcoz En hubby tak suka masakan yang manis2....Favourite dia hanya sup2 & tomyam,....Semalam masak nie pun ,kena ada masakan lain utk dia makan....
Kebetulan adik ada bagi ikan bawal ni,terajinlah sangat nk msk sweet sour nie....Ikan bawal nie kalau goreng gitu aje pun dh sedap.....terasa isinya yg tebal tu.......
Ikan Bawal Sweet Sour
Sumber:Selera4u

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan bawal-saya guna yg dh siap dipotong
  • garam, kunyit dan bawang putih - tumbuk
Bahan untuk sos: 
  • 5 ulas bawang merah (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 cm halia (dihiris halus)
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 1/2 batang carrot - potong dadu
  • 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
  • Garam dan gula secukup rasa - saya letak madu
  • minyak
  • cili kisar-saya tambah 
  • serai-saya tambah
  • lengkuas-saya tambah
  • bwg besar-potong dadu
Cara: 
  1. Perap ikan dengan garam, kunyit dan bawang putih.
  2. Goreng hingga masak. Ketepikan.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Saya tumis bhn yg diblender.
  4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendidih. 
  5. Masukkan cili potong, garam dan madu. Saya masukkan juga bwg besar potong,carrot,tomato potong.
  6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng tadi. 
  7. Hiaskan dengan daun sup & bawang.

Nota:saya guna cili kering blender sekali dgn bwg merah,bwg putih,halia,lengkuas,serai.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....